KUCHING: Projek gas Rosmari-Marjoram dibangunkan Shell Malaysia di Bintulu dijangka mengeluarkan gas pertama pada hujung 2026.
Pengerusi Shell Malaysia merangkap Naib Presiden Kanan Huluan Shell, Siti Hurrairah Sulaiman berkata, projek terbabit dijangka mengeluarkan kira-kira 750 juta kaki padu gas sehari (MMscf/d), merupakan projek gas terbesar Shell di Malaysia.
"Jika semuanya berjalan lancar, gas pertama daripada projek ini akan dikeluarkan pada 2026," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Raya Shell di sini.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ‘hadir pada majlis rumah terbuka terbabit.
Siti Hurrairah berkata, gas daripada projek Rosmari-Marjoram di Bintulu ini akan disalurkan ke loji Malaysia LNG (MLNG) untuk menghasilkan LNG (gas asli cecair).
Sumber dari : Jiwa Bakti